Satelit buatan memulakan "perlumbaan" Perlumbaan Angkasa

Sputnik

Sputnik 1 dengan berat tidak lebih 90 kg dan berjaya mengelilingi Bumi lebih dua bulan

Pada 4 Oktober 1957, Soviet berjaya melancarkan Sputnik 1, satelit buatan pertama sampai ke orbit, dan mencetuskan Perlumbaan Angkasa. Pelancaran ini merupakan tamparan yang hebat kepada AS kerana Soviet mengalahkan AS dalam penerokaan angkasa lepas walaupun negara ini jauh lebih miskin dengan memiliki teknologi terkebelakang berbanding AS. Disebabkan kesan ketenteraan dan ekonomi, Sputnik menyebabkan kebimbangan dan memulakan perdebatan politik di Amerika Syarikat. Sebelum Sputnik, penduduk awam Amerika menganggap AS mempunyai kelebihan dalam semua bidang teknologi. Rakan sejawatan Von Braun di Kesatuan Soviet, Sergei Korolev, ketua jurutera yang merekacipta roket R-7 yang menghantar Sputnik ke orbit, kemudiannya akan mereka N-1, untuk melancarkan angkasawan ke bulan. Sebagai tindak balas kepada Sputnik, AS berusaha bersungguh-sungguh bagi mengembalikan kelebihan teknologinya, termasuk mengubah kurikulum persekolahan dengan harapan akan menghasilkan lebih ramai Von Braun dan Korolev. Reaksi ini kini dikenali sebagai krisis Sputnik.

Lyndon B. Johnson, Timbalan Presiden kepada Presiden John F. Kennedy menggambarkan motivasi bagi usaha Amerika ini sebagai berikut:

Di mata dunia, pertama di angkasa bererti pertama, itu saja; kedua di angkasa adalah kedua dalam semua perkara.1

Penduduk awam Amerika, pada mulanya patah semangat dan takut dengan Sputnik, menjadi tertawan dengan projek Amerika yang berikutnya. Pelajar sekolah mengikuti pelancaran berturut-turut, dan pembinaan roket replika menjadi hobi popular. Presiden Kennedy memberikan ucapan yang menggalakkan orang ramai menyokong program angkasa dan cuba menangani mereka yang meragui dan merasakan berjuta dolar lebih baik digunakan bagi membina stok persenjataan sedia ada yang terbukti, dan bagi membasmi kemiskinan.

Kira-kira empat bulan selepas Sputnik, AS melancarkan satelit pertamanya, Explorer I. Dalam tempoh itu, beberapa kegagalan pelancaran yang memalukan berlaku di Cape Canaveral. Pada 31 Januari 1958, Explorer I menjumpai lengkungan sinaran Van Allen. Sementara Soviet dapat gelaran "pertama", Explorer I terbukti sebagai satelit pertama yang melakukan fungsi yang berguna.

Komunikasi satelit

Satelit komunikasi pertama, Projek SCORE, dilancarkan pada 18 Disember 1958, menyampaikan perutusan hari Natal daripada Presiden Eisenhower kepada dunia. Contoh penting satelit komunikasi lain semasa (atau dihasilkan) oleh Perlumbaan Angkasa termasuk:

1962: Telstar: satelit komunikasi merentasi laut (transoceanic) percubaan pertama.1972: Anik 1: satelit komunikasi dalam negara pertama (Kanada)1974: WESTAR: satelit komunikasi dalam negara pertama (Amerika Syarikat)1976: MARISAT: satelit komunikasi bergerak pertama

Satelit lain

AS melancarkan satelit geosegerak pertama, Syncom-2, on 26 Julai 1963. Kejayaan kelas ini ialah piring satelit biasa tidak lagi perlu menjejak orbit satelit, kerana orbit tersebut adalah orbit geopegun. Jadi orang biasa dapat menggunakan komunikasi satelit untuk penyiaran televisyen, selepas dipasang sekali.

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Perlumbaan Angkasa (Inggeris).
Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk.
Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Rujukan

WikiPedia: Perlumbaan Angkasa http://www.deepcold.com/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.historyshots.com/space/timeline.cfm http://www.russianspaceweb.com/chronology_moon_rac... http://www.strangehorizons.com/2004/20040503/shado... http://www.thespacerace.com http://www.thespacesite.com/space/history/spacerac... http://www.nasm.si.edu/exhibitions/gal114/gal114.h... http://catalog.core.nasa.gov/core.nsf/0/a53411230b... http://www.hq.nasa.gov/office/pao/History/Apollomo...